LETS HEAR SOME MUSIC

Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info

Free Music at divine-music.info>

F.R.I.E.N.D.S

12/30/10

bye bye 2010 , hye hye 2011

new born of 2011


2010 .. akan pergi .. 2011 yang mendatang ...


banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2010 . kalau aku list ni memang sampai esok baca tak habis .

*aku mula belajar berkerja cari duit sendiri di restoran NANDOS. masa ni baru aku tahu betapa susah nya nak cari duit . tapi nak menghabiskan duit tu, macam air je .

*dapat lesen kereta ! haha

*menjahanamkan kereta pun ada!

*start bertudung ..harap tak macam hangat2 tahi ayam

*aku mendapat tawaran belajar di UITM di Segamat dan Kolej Matrikulasi di Masjid Tanah . Namun UITM dihatiku kan :)

*aku belajar cara hidup di Universiti , memang sangat lain berbanding dengan sekolah . kau kene survive sendiri, kau kene pandai pilih kawan , kau kene kerap bertanya n macam2 lagi

*banyak benda yang tak diingini berlaku antara aku dan si dia . (jgn nak buat2 tak tahu siapa ea). hubungan yang dah setahun 8 bulan itu , terputus macam tu sahaja. erm tak da rezeki kot. ala ape2 je lah. malas nak fikir.

*baju raya tahun ni bertemakan purple and hijau :)

*tahun ni duit raya tak berapa nak bnyak sebab diiorg kata muka macam mak2 dah . eh muka aku ni tua sgt ke ?

*tahun ni tahun paling sikit masa aku dibuang pada televisyen .

*tahun ni tahun paling banyak masa aku diisi di depan laptot . *kening2

*part1 result memberangsang kan *kening2

*tahun aku masuk kem bakal komander! tak boleh lupa betul kenangan kat situ . memang hangus habis!

*tahun ni tahun tambah kawan baru lagi di. jap aku list. opet, aten , banana, ana, madi, put, manap, mummy, along ( sibling immorors) .. daus, nissa (kawan2 NANDOS) .. faidey, teah, aina, aien, budak2 platun2,bk johor intake 45.

*tahun ni kawan2 aku banyak dilanda masalh yang sgt serius . .. hurmm.

*berat badan aku naik!

*tahun ni aku boros gila! bapak aku kira2 rm 900 sebulan ! kan aku kata nak mengahbiskan duit tu senang je , nak cari duit tu punya susahh.

*tahun ni agak enjoy bersama mereka. kan kan kan.

* tahun ni piala suzuki dimenangi MALAYSIA! harimau malaya ku ! khairul fahmi ku!

*tahun ni aku dah cukup 18 tahun !


azam 2011

1. maintain result.
2. tak boleh boros lagi dahh. sebab lepas ni setiap perbelanjaan papa akan mintak resit!
3.tak nak jahanamkan kereta lagi. tapi laju tetap laju !
4. tak mau melibatkan diri dalam hubungan yang serius . sebab SEMAK JE!
5.aku kene kerap ke library
6.hope baju raya tahun ni kelabu asap pulak.
7.nak kurus hish macam ne ni ?
8.penuhkan sembahyang .. insya ALLAH
9.lebih berdisiplin, sebab dah jadi komander kan ..*bajet tak?
10.berubah ke arah lebih baik dari tahun 2010 ....
11.kurangkan baran

pesanan dari penaja : korang mesti ada kenangan dan azam sendiri kan . kenangan 2010 kau jadikan pengajaran dan panduan untuk kau hadapi masa2 pada tahun 2011 dengan lebih baik. azam yang korang dah buat jgn cuma azam olok2! pastikan kau capai ia dengan usaha kau sendiri. *dah macam si comel dato fazilah kamsah tak ?

dont smile to me 2011 . i know you gonna make so musch trouble to me :)

12/27/10

TIRA_MISU punye cerita



drama yang baru sahaja ditayangkan harini. TIRAMISU . aku tak berapa nak faham kenapa tajuk cerita dia tiramisu .macam takda kene mengena kan . tapi anyway when the first time i saw it , it was awesome . cute ! apa lagi bila tengok piere andre yang berumur 23 berpakaian sekolah . kalau sharifah amani tu logik la jugak kan. tak kisah lah logik tak logik, korang dinasihatkan untuk mengikuti drama cinta ini sampai habis .

Sinopsis Drama Tiramisu

‘Tiramisu’ mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? ?


*penat aku search sinopsis ni kat google . khas buat tatapan korang :)

*geram aku cerita best macam ni ditayangkan masa aku dah kembali ke UITM ! ergghh . dandan lah dia nak tayangkan cerita camni masa aku lagi seminggu nak balik ke segamat ! tak apa, akan ku conquer tv kat asrama tu dari pukul 6.30 petang sampai 7.30 . dari hari isnin sampai khamis. itupun kalau ada masa ye cik siti aishah -_-'

12/25/10

TREND

januari 2011 almost there ..maka masing2 pun sibuk lah membeli barang persekolahan masing2 . maka mall tu penuh la dgn segala discount beg sekolah , kasut sekolah , baju sekolah , dah macam pasar borong orang kerumun . ramai. terlalu ramai.

walaupun bukan lagi budak sekolah . saya dah 18 tahun. penuntut di UITM SEGAMAT. akan tetapi sgt teruja bila melihat adik2 sibuk pilih barang2 persekolahannya , sampai saya pun turut terjebak shopping stuff barang nnak balik uitm . yelah sebab papa yang bayar kan . so ape lagi . HAMBEK LETAK KAT TROLI JE .

sampai ke kedai kasut . tengok lah adik2 tersayang pilih kasut sekolah mereka . disebabkan bosan sebab tak dapat kasut jugak macam adik2 ( papa kata dah besar beli kasut sendiri ) , maka tengok je lah adik pilih kasut. haihh . macam2 peel . agaknya macam ni lah aku dolu2 kan . *geleng kepala

dalam kedai kasut

sedang si ude dan angah membelek2" kasut sekolah bertali" nya

DIALOG

papa : ni kasut lekat2 ni tak nak ke ? kan senang . tak payah ikat2 . lecehh je kasut ada tali ni
ude : ala, kan dah sekolah menengah papa , mana ada budak sekolah menengah pakai kasut lekat2 ni .
angah : ntah , kasut lekat2 ni untuk sekolah rendah je la
ibu : aik . ada pulak tren2 macam ni ?
saya (along ) : no komen


sesudah nya , papa yang baik itu pun ikutlah kehendak anak-anak nya :)


happy ending ....




moral of the story , takkan tak boleh fikir kot ? haihh . otak udang betul ! masa kita sekolah rendah dulu , kita tak pernah kisah kalau kasut lekat2 ke , beg tarik jenama barbie, beg besar2 naik kelas , tudung renda2 , baju labuh boleh buat semahyang , tak malu nak bawak bekal makan kat kantin (jimat) , tak malu nak bawak botol air bergantung kat leher tu , tak kisah nak main kejar dengan rakan lelaki, buat tak tahu bila pergi sekolah emak pakaikan bedak capuk2, yang obvious TAK PAYAH KE TANDAS SEMATA MATA UNTUK MEMBETULKAN TUDUNG !

bila dah masuk sekolah menegah (dah remaja lah tu ) . kene pakai kasut bertali . style katanya . kene pakai beg selimpang je . buku ciput je dalam tu . yang lain pinjam kawan sebelah je . tudung kene dua lapis , senang bentuk ," nampak sikit muka aku yang runcing ni ", baju sesingkat2 alam, senang cerita "banjir" la . malu nak bawak bekal . macam budak2. malu nak bawak botol air , tapi dalam kelas tidur je memanjang tak cukup oksigen. agak penyegan nak main cop2 tiang ni, TAPI TAK SEGAN PULAK BUAT MAKSIAT DALAM SETOR SEKOLAH ! pergi sekolah kene pastikan muka putih melepak entah berapa lapis krim tuh di pakai nya haa. dan paling penting KERAP KE TANDAS UNTUK MEMBETULKAN APA YANG PATUT . YELAH BOYFREN NAK TATAP KAN .

renung2kan dan selamat beramal :)


haaa. coretan ini hanya tatapan pembaca , tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati . harap maklum ..





12/10/10

MR DEAN :)

selamat petang semua :)

ok harini 10 desember 2010. hari yang bersejarah untuk semua warga universiti. aha. result masing dah keluar kan. tu yang status kat FB masing2 gempaq habes. tumpang gembira :) congrates korang :) especially budak teknik tuanku jaafar . kebanyakannya , DEAN LIST ! waww. bangga jap . * ehemm ehemm.

dan tidak lupa kepada yang tidak berjaya , jangan putus asa, next sem ada lgi. try more harder. jangan cepat mengalah. tentu ada hikmah nya . *dah macam ucapan pengetua dah ni

satu lagi peristiwa pelik harini :

bak kata faidey :

final result ade hikmahnye, y x pernah2 chat, tetibe chat, y x baik, jadi baik, y x rapat jadi rapat, y gaduh, jadi baik,. y x penah call, tetibe call, y x pernah sms, tetibe sms,, x thu pe motif.


bila aku baca banyak kali. betul gak kata dia . ada gak hamba Allah tu , tak pernah2 nak Im . tetiba IM aku semata2 nak tau result . uhh? pelik . tapi aku anggap ia nya suatu hikmah. nak rapat kan silaturrahim antara satu sama lain. or else ," nak menyebok ni kenapa ?" haaa persoalan tu . terpulang pada masing-masing lah nak cakap apa.

ok , mukadimah yang agak panjang ye aishah . * la baru nak mukadimah ke ?

actulally , post ni nak cerita pengalaman baru . ye lah . budak 1st sem kan. mestilah exited nak tgok CGPA masing2..
bangun dari tidur , pukul 8.30 . awal kan aku bangun ? terus tengok lappy kat sebelah . bukak email . then ......




*sambil melompat2 gembira . aku mengejut ibuku yang tengah syok tido. "ibu, along dapat DEKAN ! "


ibu bangun tekejut , mula nak marah tapi tak jadi marah bila aku cakap cam tu , hee terus aku dipeluknya haaa. :)

papa masa tu baru keluar dari bilik air , mandi agak nya ,tak tahu apa2, muka pelik , bertanya " ha berapa result ? 2. berapa ?" . ma.cam biasa , selalu diusik begitu . aku balas pertanyaan papa dengan yakin nya ," papa, 3.72 tau !" *hee muka bangga, lepas ni boleh ketuk papa banyak sikit

pengajaran : syukur alhamdulillah , tak sia2 usaha aku selama ni . keep up the good work. maintain sampai habis sem. makes ur parents proud :)

p/s : thanks pada miss ILLA KAMAL, miss MUHARRATUL SYARIFAH, miss JUMINAH , uztaz KHAIRODDIN , mr ISMA t ISHAK , mr ZACK :) kerana telah mengajar saya sehingga saya mendapat keputusan yag baik.

tabik hormat sikit



sebelum...


selepas..



PERBEZAAN YANG KETARA KAN ? HAH . DIAM LAH . TAPAYAH NAK GELAK EA. AKU SEKEH KANGG.
HEHE . APE2 PON AKU DAH JADI KOMANDER RENDAH MUDA AISHAH .
hee , itu je nak bagitau . -_-'

12/8/10

take your time

kepada kau .

jangan lah sedih sgt , aku ok je
janganlah amik tahu sgt , aku ok je
janganlah sentap sgt, aku ok je
janganlah amik hati sgt , aku ok je
janganlah marah sgt , aku ok je
janganlah pikir sgt, aku ok je

kadang-kadang aku yang tak faham dengan diri aku . sorry layan kau macam ni . bagi aku masa. thanks sebab kau sentiasa sabar dengan karenah aku. percayalah . banyak lagi yang kau kene sabar. terlampau banyak. this is me. UNPREDICTABLE . jangan terlalu berharap. jangan letakkan harapan yang tinggi . aku takut kau yang sakit nanti. perjalanan kita masih jauh. banyak lagi kau harus teroka. take your time .

BUAT YANG TERBAIK UNTUK DIRI KAU , MASA DEPAN KAU , KELUARGA KAU. DAHULUKAN APA YANG PENTING DAHULU .

p/s : apa sahaja yang berlaku antara kita selepas ni . aku tetap anggap kau kawan dunia akhirat aku :)




12/6/10

''SKUAD, SKUAD SEDIA !! ''

assalamualaikum .

selamat sejahtera

salam satu malaysia . *ewahh macam nak buat ucapan PM ni .

ok syg syg sekalian . mesti tak sabar nak dengar cerita aku kan. aku tau aku pencerita yang baik. dah bnyak award aku dapat . malas je nak menunjuk, kang kata aku riak lah ape lah. *dah2 jgn nak bngga sgt lah kan .

hari ni aku akan cerita kan kepada anda pengalaman aku selama 11 hari berada di UITM puncak Alam kerana menjalani LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER. haa dengar mcm gempaq kan, memang gempaq pon tak dinafikan lah. ok berbalik pada story ni. hari pertama je aku jejak kan kaki ke uitm puncak alam untuk registration, ahaa. memang terpegun gila dengan kampus ni . lagi2 dengan tangga 'batu cave ' dia. kampus yg baru sahaja dibuka pada dua tahun yg lepas. canggih . baru. suasana alam universiti yg moden . sgt adore dengan design dia .



(^_^)


ini adalah sebahagian dari kampus uitm puncak alam

kami terpaksa berlari2 ke dewan kuliah dari kolej untuk mendengar ceramah

pandangan dari tempat kediaman kami selama 11 hari.


lawa kan ! tapi nak turun ke kelas tuh memang bercinta betul


tangga yang kami terpksa naik turun tiap2 malam. memang terbaikk. nasib baik lah budak kampus uitm puncak alam semua kurus2 belaka .



ok ok ni bukan post nak cerita pasal keindahan puncak alam ok. aku nak cerita sedikit sebanyak pasal keadaan aku kat sana. hari first sahaja , nmpaka muka2 komander yg akan menjaga kitorg kat situ selama 11 hari. haih memang gerun . annoying pon ada. muka masing2 nak ketat. tade senyum langsung! macam tak mengalu-alu kan je kedatangan kami. tapi takpe.muke kene maintain. ikutkan hati memang nak sound je kan. kerek gile . tapi igt pesan komander2 johor . kene sabar . nak jadi komander kene bnyak sabar . memang memang .

selepas pendaftaran kami di arahkan untuk naik ke tempat kediaman kami. untuk pengetahuan. kami semua tak dibenarkan duduk satu team dalam satu rumah . diorg memang saja je nak pisahk2 kan kami . nasib baiklah aku dapat satu bilik dengan budak johor gak. at least takde lah awkward sgt kan. ha ni nak cerita ni. sebelum tuh kami kene angkut semua luggage kami dengan tangga . DILARANG SAMA SEKALI MENAIKI LIF SEPANJANG BERADA DI KEM INI .sumpah kejam gila. kene bawak barang yg bagak besar tuh naik tangga . aku boleh tahan lah lagi kan dapat tingkat 4. lagipon kat uitm segamat memang dapat bilik atas sekali. yang nasib tak baik dapat tingkat 6 tu. memang sumpah kesian weyhh. hari2 lak tu. bayangkan lah kan , tiap2 hari kot. haih.

lepas tuh tak sempat nak lap peluh penat angkat barang banyak2 dah disuruh nya berkumpul dengan kadar segera . aku memang hangin betul. tapi SABAR . kami kene kumpul kat padang kawad untuk dibahagikan kepada 9 platun. ok. campur . dari uitm kuala pilah, shah alam, puncak alam, puncak perdana. and aku dapat PLATUN 2. ehe :) jururlatih kesayangan kami cikgu Mat Deris, dan Ali Jantan. cikgu yang tak suka nak marah2 .tapi kami dah spoil kan kelebihan kami. hari pertama dah warning . setiap tahun saya akan mendapat PLATUN YG TERBAIK. adeh aku memang lemah betul kalau org terlalu berharap ni.

selesai sahaja pembahagian kumpulan . kami diarah kan untuk makan petang . untuk pengetahuan korang lagi. sepanjang kami kami kat sana . kami kene stick kat platun masing2 even makan pun satu meja . nak rapatkan silaturrahim lah tu kan. lepas tuh satu lagi . kami DIBERI MAKAN 6 KALI SEHARI ! (sarapan pagi, minum pagi, makan tgh hari, minum petang , makan petang , minum malam) memang suruh meletup perut aku ni ha. and lagi satu ! setiap hidangan tu tak pernah bagi air sejuk ! bapak kempunan weyhh. tapi kan, pengajaran yang aku dapat lah, minum air sejuk memang betul buat perut buncit (lagi2 macam perut yan ngan opet , haha ) pandang lah lihatlah perut aku dah tak boncet lagi. ahaa :) dan , kalau aku skip makan sekali je . perut aku berkeroncong je . sebab badan dah bnyak keluarkan energy , memang perlukan makanan yg bnyak. so no wonder lah diorg sediakan makanan setiap 2 jam sekali kan.

haaa. bab maki memaki ni jgn tanya lah kan. memang kene maki je lah setiap hari. BARUA , PUAKA, SIAL, BABI , LEMBIK, MACAM TAIK, LEMBAB, LEMAU, LEMAK, PUKIMAK, CIBAI AKU SEPAK MUKA KAU KANG, BODOH, macam 2 lagi la . memang perkataan tu tak pernah lekang pun dari komander2 yg jaga kami ni. haih. simpang malaikat 44 aku tak mahu jadi komander yang macam tu weyh. bapak berbakul2 dosa kau nak oi. bertimbun2 orang mengata kau. *haih kenapa lah aku pilih jalan yg macam ni .

hari kedua ketiga dan keempat hari yag paling memenatkan bagi aku. sebab apa ? sebab sepanjang masa kami diajar berkawad. haih. *setigkat lagi pelajaran anda dalam kawad kaki adalah.. bla bla bla..* memang dah beku kepala hotak aku bila setiap kali pelajaran yg cikgu ajar ,dia ulang ayat uh banyak2 kali. nak suruh kitorg igt . sebab kami akan ada ujian hafal doa mengajar kawad. tau tak ayat dia bapak pnjang ! nasib baik lah skill aku ni memang skill menghafal. DIIM kan. bagi yang tak suka menghafal tuh, memang kene berusaha keras lah kan.
*serius wehh , aku lebih rela berkawad , dari kene berdiri lama2 macam org gila tgh2 panas. sumpah kejang kaki aku ! KIRI KANAN KIRI !

HA NI NAK CERITA PASAL RAGGING PULAK. actulally diorg tadelah ragging2 sgt kan. bagi aku biasa je lah. kata nak jadi komander kene lah tahan, lagipun batch diorg dulu kene lagi teruk. ayat yang sama. bosan aku dengar . masalah nya nak ragging cara yg tak betul. cara yang memudaratkan sampai ada je org yg pengsan, AMBULANS PUN ADA KAU TAU ! byangkan lah ! tapernah sejarah LIBK , melibatkan ambulans kan. kira kes kecemasan yg teruklah ni kan. or else batch kami memang batch yg lembik ? entah laaa..

sambung cerita , ada satu malam tu, budak platun 1, 2, dan 3 kene naik dari dewan kuliah. macam biasa lah naik tangga batu cave tuh kan. dah sampai yg puncak dah pun ! tinggal jalan ke kolej kediaman masin2 je . tapi byang kan dia suruh turun balik! memang makan maki lah komander2 ni semua . kecik2 tanak mampus , besar2 menyusahkan kitorg ! memang malam tu kenangan aa. ingat kan kene turun balik sebab jurulatih suruh ke apa. ni dia nak denda pulakk. memang makan lagi maki aku . makin tambahlah dosa aku ni kan maki org je keje . mula2 dia denda duduk cangkung, tanagn dua2 belakang kepala. macam orang salah kene tangkap tu . bapak lenguh kaki ! dah la kene denda . kene makan maki lagi dari komander2 tersayang . memang terbaik la. lepas denda yg tu . kene duduk separuh tangan dua2 kat depan. haih, lagi lah lenguh kepala lutut aku ni ha . lepas tuh kene maki carut semua. budak perempuan ramai yg kantoi nangis masa uh . sebab sakit kot . mana tak nya, penderaan mental dan fizikal ni namanya . lepas tu dah buat macam uh , boleh pulak komander2 ni ugut jgn mengadu . "bende ni habis malam ni aje . jgn nak mengada mengadu ni " haih dah buat org tau pulak takott . TAU TAKOT PULAKK DAH BUAT SALAH KAN ! geleng kepala aku kejap. tapi Tuhan tu Maha Adil, ada pulak orang pengsan dan cedera teruk hasil penderaan tu. terpaksalah diorg kene balikkk . PADAN MUKA !

esok nya , ada lagi denda yang kitorg dapat . kawad kaki dalam keadaan mencangkung . memang terbaik. kelakar pun ada gak. aku ngan teah buat denda tuh dalam keadaan ketawa terbahak2. macam itik berkawad. cuba korang bayangkan ... kalau lah ak ada kamera masa uh memang aku rakam ! pengalaman wehh :)

hari second last kitorg kat puncak alam. iaitu 5 december 2010 . tepat je jam 12 pagi ! happy bitrhday ecah !(ucapan untuk diri sendiri masa tu ) mana tak nya . sepatutnya malam tu aku gembira sebab aku dah 18 ! tapi, aku sedih . sebab family aku tak de masa birthday aku, hari tu kene denda pulak lagi. memang terasa gila aa. sumpah birthday yg ke 18 , yang paling teruk aku pernah lalui. kawan baik aku sendiri yg kat depan mata pun boleh lupa pulak uh bitrhday aku. mungkin tade masa agaknya. masing bz, penat lagi. tak pe aku tak kesah pon. hadiah birthday masa tu . DENDA BRDIRI LAMA2 KAT PADANG KAWAD . -_-'
*ayien,aina , and teah thanks for ur wish. and thanks sebab jaga aku kat platun dua tu. and thanks sebab buat pergerakan kawad kaki masa masa korang wish bitrhday aku. korang yg terbest ! sumpah comel doe pergerakan birhtday korg !

dan yang paling best ! hari terakhir kitorg kat sini. hari tamat latihan ! hari raya kami ! sedih sebenarnya tinggalkan kawan2 yg dah sepuluh hari makan sama2 . dak platun 2 , ur the best ! platun dua platun unite! even selalu disishkan selalu kene maki dengan komander . platun yg selalu kene aim. tapi korang tetap best ! ahaa. maafkan aku andai aku ada termarah teremosi semua .. eheem ok dah cukup .
ehe , pertunjukan perbarisan kami .berjalan lancar ! mak teah kata platun dua buat paling cantik sehh. hasil semangat kerja sama kami! nak bngga lah ni . even tak jadi platun terbaik pun , kami tetap bngga ! insyaallah sampai mati aku igt muka korang ! hehe

one more thing , hari terakhir jugak . papa dan ibu datang ! woo teruja ! haha . ibu yg sarungkan pangkat komander rendah muda kepada bahu kiri dan kanan aku ni . cehh . sedih bercampur gembira masa tu. tak bleh bayang macam mana perasaaan aku masa tu .




muka bangga kan . *muka karat ni . dah macam african . erghh



hasil dari kesabaran , ketabahan , kene maki, kene denda bagai . kami ditauliah kan menjadi KOMANDER RENDAH MUDA . sedia berkhidmat untuk UITM . dan next sem, aku pulak yang bakal menjerit2 marah2 kat padang kawad tu . haha . siap korang ! '' SKUAD ! SKUAD SEDIA ! '

UCAPAN TERAKHIR, SELAMAT MENJADI KOMANDER SEMUA KOMANDER BATCH 19 ! SELAMAT MENJALAN KAN TUGAS ANDA DENGAN BAIK. JADI KOMANDER YANG DIHORMATI, DISEGANI BUKAN KOMANDER YANG HAMPEH HARAP SUARA JE , HARAP MAKI2 JE . JALAN KAN TANGGUNGJAWAB ANDA DENGAN SEMPURNA . *tabik hormat sikit !!