LETS HEAR SOME MUSIC

Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info

Free Music at divine-music.info>

F.R.I.E.N.D.S

12/30/10

bye bye 2010 , hye hye 2011

new born of 2011


2010 .. akan pergi .. 2011 yang mendatang ...


banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2010 . kalau aku list ni memang sampai esok baca tak habis .

*aku mula belajar berkerja cari duit sendiri di restoran NANDOS. masa ni baru aku tahu betapa susah nya nak cari duit . tapi nak menghabiskan duit tu, macam air je .

*dapat lesen kereta ! haha

*menjahanamkan kereta pun ada!

*start bertudung ..harap tak macam hangat2 tahi ayam

*aku mendapat tawaran belajar di UITM di Segamat dan Kolej Matrikulasi di Masjid Tanah . Namun UITM dihatiku kan :)

*aku belajar cara hidup di Universiti , memang sangat lain berbanding dengan sekolah . kau kene survive sendiri, kau kene pandai pilih kawan , kau kene kerap bertanya n macam2 lagi

*banyak benda yang tak diingini berlaku antara aku dan si dia . (jgn nak buat2 tak tahu siapa ea). hubungan yang dah setahun 8 bulan itu , terputus macam tu sahaja. erm tak da rezeki kot. ala ape2 je lah. malas nak fikir.

*baju raya tahun ni bertemakan purple and hijau :)

*tahun ni duit raya tak berapa nak bnyak sebab diiorg kata muka macam mak2 dah . eh muka aku ni tua sgt ke ?

*tahun ni tahun paling sikit masa aku dibuang pada televisyen .

*tahun ni tahun paling banyak masa aku diisi di depan laptot . *kening2

*part1 result memberangsang kan *kening2

*tahun aku masuk kem bakal komander! tak boleh lupa betul kenangan kat situ . memang hangus habis!

*tahun ni tahun tambah kawan baru lagi di. jap aku list. opet, aten , banana, ana, madi, put, manap, mummy, along ( sibling immorors) .. daus, nissa (kawan2 NANDOS) .. faidey, teah, aina, aien, budak2 platun2,bk johor intake 45.

*tahun ni kawan2 aku banyak dilanda masalh yang sgt serius . .. hurmm.

*berat badan aku naik!

*tahun ni aku boros gila! bapak aku kira2 rm 900 sebulan ! kan aku kata nak mengahbiskan duit tu senang je , nak cari duit tu punya susahh.

*tahun ni agak enjoy bersama mereka. kan kan kan.

* tahun ni piala suzuki dimenangi MALAYSIA! harimau malaya ku ! khairul fahmi ku!

*tahun ni aku dah cukup 18 tahun !


azam 2011

1. maintain result.
2. tak boleh boros lagi dahh. sebab lepas ni setiap perbelanjaan papa akan mintak resit!
3.tak nak jahanamkan kereta lagi. tapi laju tetap laju !
4. tak mau melibatkan diri dalam hubungan yang serius . sebab SEMAK JE!
5.aku kene kerap ke library
6.hope baju raya tahun ni kelabu asap pulak.
7.nak kurus hish macam ne ni ?
8.penuhkan sembahyang .. insya ALLAH
9.lebih berdisiplin, sebab dah jadi komander kan ..*bajet tak?
10.berubah ke arah lebih baik dari tahun 2010 ....
11.kurangkan baran

pesanan dari penaja : korang mesti ada kenangan dan azam sendiri kan . kenangan 2010 kau jadikan pengajaran dan panduan untuk kau hadapi masa2 pada tahun 2011 dengan lebih baik. azam yang korang dah buat jgn cuma azam olok2! pastikan kau capai ia dengan usaha kau sendiri. *dah macam si comel dato fazilah kamsah tak ?

dont smile to me 2011 . i know you gonna make so musch trouble to me :)

No comments: