LETS HEAR SOME MUSIC

Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info

Free Music at divine-music.info>

F.R.I.E.N.D.S

12/6/10

''SKUAD, SKUAD SEDIA !! ''

assalamualaikum .

selamat sejahtera

salam satu malaysia . *ewahh macam nak buat ucapan PM ni .

ok syg syg sekalian . mesti tak sabar nak dengar cerita aku kan. aku tau aku pencerita yang baik. dah bnyak award aku dapat . malas je nak menunjuk, kang kata aku riak lah ape lah. *dah2 jgn nak bngga sgt lah kan .

hari ni aku akan cerita kan kepada anda pengalaman aku selama 11 hari berada di UITM puncak Alam kerana menjalani LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER. haa dengar mcm gempaq kan, memang gempaq pon tak dinafikan lah. ok berbalik pada story ni. hari pertama je aku jejak kan kaki ke uitm puncak alam untuk registration, ahaa. memang terpegun gila dengan kampus ni . lagi2 dengan tangga 'batu cave ' dia. kampus yg baru sahaja dibuka pada dua tahun yg lepas. canggih . baru. suasana alam universiti yg moden . sgt adore dengan design dia .



(^_^)


ini adalah sebahagian dari kampus uitm puncak alam

kami terpaksa berlari2 ke dewan kuliah dari kolej untuk mendengar ceramah

pandangan dari tempat kediaman kami selama 11 hari.


lawa kan ! tapi nak turun ke kelas tuh memang bercinta betul


tangga yang kami terpksa naik turun tiap2 malam. memang terbaikk. nasib baik lah budak kampus uitm puncak alam semua kurus2 belaka .



ok ok ni bukan post nak cerita pasal keindahan puncak alam ok. aku nak cerita sedikit sebanyak pasal keadaan aku kat sana. hari first sahaja , nmpaka muka2 komander yg akan menjaga kitorg kat situ selama 11 hari. haih memang gerun . annoying pon ada. muka masing2 nak ketat. tade senyum langsung! macam tak mengalu-alu kan je kedatangan kami. tapi takpe.muke kene maintain. ikutkan hati memang nak sound je kan. kerek gile . tapi igt pesan komander2 johor . kene sabar . nak jadi komander kene bnyak sabar . memang memang .

selepas pendaftaran kami di arahkan untuk naik ke tempat kediaman kami. untuk pengetahuan. kami semua tak dibenarkan duduk satu team dalam satu rumah . diorg memang saja je nak pisahk2 kan kami . nasib baiklah aku dapat satu bilik dengan budak johor gak. at least takde lah awkward sgt kan. ha ni nak cerita ni. sebelum tuh kami kene angkut semua luggage kami dengan tangga . DILARANG SAMA SEKALI MENAIKI LIF SEPANJANG BERADA DI KEM INI .sumpah kejam gila. kene bawak barang yg bagak besar tuh naik tangga . aku boleh tahan lah lagi kan dapat tingkat 4. lagipon kat uitm segamat memang dapat bilik atas sekali. yang nasib tak baik dapat tingkat 6 tu. memang sumpah kesian weyhh. hari2 lak tu. bayangkan lah kan , tiap2 hari kot. haih.

lepas tuh tak sempat nak lap peluh penat angkat barang banyak2 dah disuruh nya berkumpul dengan kadar segera . aku memang hangin betul. tapi SABAR . kami kene kumpul kat padang kawad untuk dibahagikan kepada 9 platun. ok. campur . dari uitm kuala pilah, shah alam, puncak alam, puncak perdana. and aku dapat PLATUN 2. ehe :) jururlatih kesayangan kami cikgu Mat Deris, dan Ali Jantan. cikgu yang tak suka nak marah2 .tapi kami dah spoil kan kelebihan kami. hari pertama dah warning . setiap tahun saya akan mendapat PLATUN YG TERBAIK. adeh aku memang lemah betul kalau org terlalu berharap ni.

selesai sahaja pembahagian kumpulan . kami diarah kan untuk makan petang . untuk pengetahuan korang lagi. sepanjang kami kami kat sana . kami kene stick kat platun masing2 even makan pun satu meja . nak rapatkan silaturrahim lah tu kan. lepas tuh satu lagi . kami DIBERI MAKAN 6 KALI SEHARI ! (sarapan pagi, minum pagi, makan tgh hari, minum petang , makan petang , minum malam) memang suruh meletup perut aku ni ha. and lagi satu ! setiap hidangan tu tak pernah bagi air sejuk ! bapak kempunan weyhh. tapi kan, pengajaran yang aku dapat lah, minum air sejuk memang betul buat perut buncit (lagi2 macam perut yan ngan opet , haha ) pandang lah lihatlah perut aku dah tak boncet lagi. ahaa :) dan , kalau aku skip makan sekali je . perut aku berkeroncong je . sebab badan dah bnyak keluarkan energy , memang perlukan makanan yg bnyak. so no wonder lah diorg sediakan makanan setiap 2 jam sekali kan.

haaa. bab maki memaki ni jgn tanya lah kan. memang kene maki je lah setiap hari. BARUA , PUAKA, SIAL, BABI , LEMBIK, MACAM TAIK, LEMBAB, LEMAU, LEMAK, PUKIMAK, CIBAI AKU SEPAK MUKA KAU KANG, BODOH, macam 2 lagi la . memang perkataan tu tak pernah lekang pun dari komander2 yg jaga kami ni. haih. simpang malaikat 44 aku tak mahu jadi komander yang macam tu weyh. bapak berbakul2 dosa kau nak oi. bertimbun2 orang mengata kau. *haih kenapa lah aku pilih jalan yg macam ni .

hari kedua ketiga dan keempat hari yag paling memenatkan bagi aku. sebab apa ? sebab sepanjang masa kami diajar berkawad. haih. *setigkat lagi pelajaran anda dalam kawad kaki adalah.. bla bla bla..* memang dah beku kepala hotak aku bila setiap kali pelajaran yg cikgu ajar ,dia ulang ayat uh banyak2 kali. nak suruh kitorg igt . sebab kami akan ada ujian hafal doa mengajar kawad. tau tak ayat dia bapak pnjang ! nasib baik lah skill aku ni memang skill menghafal. DIIM kan. bagi yang tak suka menghafal tuh, memang kene berusaha keras lah kan.
*serius wehh , aku lebih rela berkawad , dari kene berdiri lama2 macam org gila tgh2 panas. sumpah kejang kaki aku ! KIRI KANAN KIRI !

HA NI NAK CERITA PASAL RAGGING PULAK. actulally diorg tadelah ragging2 sgt kan. bagi aku biasa je lah. kata nak jadi komander kene lah tahan, lagipun batch diorg dulu kene lagi teruk. ayat yang sama. bosan aku dengar . masalah nya nak ragging cara yg tak betul. cara yang memudaratkan sampai ada je org yg pengsan, AMBULANS PUN ADA KAU TAU ! byangkan lah ! tapernah sejarah LIBK , melibatkan ambulans kan. kira kes kecemasan yg teruklah ni kan. or else batch kami memang batch yg lembik ? entah laaa..

sambung cerita , ada satu malam tu, budak platun 1, 2, dan 3 kene naik dari dewan kuliah. macam biasa lah naik tangga batu cave tuh kan. dah sampai yg puncak dah pun ! tinggal jalan ke kolej kediaman masin2 je . tapi byang kan dia suruh turun balik! memang makan maki lah komander2 ni semua . kecik2 tanak mampus , besar2 menyusahkan kitorg ! memang malam tu kenangan aa. ingat kan kene turun balik sebab jurulatih suruh ke apa. ni dia nak denda pulakk. memang makan lagi maki aku . makin tambahlah dosa aku ni kan maki org je keje . mula2 dia denda duduk cangkung, tanagn dua2 belakang kepala. macam orang salah kene tangkap tu . bapak lenguh kaki ! dah la kene denda . kene makan maki lagi dari komander2 tersayang . memang terbaik la. lepas denda yg tu . kene duduk separuh tangan dua2 kat depan. haih, lagi lah lenguh kepala lutut aku ni ha . lepas tuh kene maki carut semua. budak perempuan ramai yg kantoi nangis masa uh . sebab sakit kot . mana tak nya, penderaan mental dan fizikal ni namanya . lepas tu dah buat macam uh , boleh pulak komander2 ni ugut jgn mengadu . "bende ni habis malam ni aje . jgn nak mengada mengadu ni " haih dah buat org tau pulak takott . TAU TAKOT PULAKK DAH BUAT SALAH KAN ! geleng kepala aku kejap. tapi Tuhan tu Maha Adil, ada pulak orang pengsan dan cedera teruk hasil penderaan tu. terpaksalah diorg kene balikkk . PADAN MUKA !

esok nya , ada lagi denda yang kitorg dapat . kawad kaki dalam keadaan mencangkung . memang terbaik. kelakar pun ada gak. aku ngan teah buat denda tuh dalam keadaan ketawa terbahak2. macam itik berkawad. cuba korang bayangkan ... kalau lah ak ada kamera masa uh memang aku rakam ! pengalaman wehh :)

hari second last kitorg kat puncak alam. iaitu 5 december 2010 . tepat je jam 12 pagi ! happy bitrhday ecah !(ucapan untuk diri sendiri masa tu ) mana tak nya . sepatutnya malam tu aku gembira sebab aku dah 18 ! tapi, aku sedih . sebab family aku tak de masa birthday aku, hari tu kene denda pulak lagi. memang terasa gila aa. sumpah birthday yg ke 18 , yang paling teruk aku pernah lalui. kawan baik aku sendiri yg kat depan mata pun boleh lupa pulak uh bitrhday aku. mungkin tade masa agaknya. masing bz, penat lagi. tak pe aku tak kesah pon. hadiah birthday masa tu . DENDA BRDIRI LAMA2 KAT PADANG KAWAD . -_-'
*ayien,aina , and teah thanks for ur wish. and thanks sebab jaga aku kat platun dua tu. and thanks sebab buat pergerakan kawad kaki masa masa korang wish bitrhday aku. korang yg terbest ! sumpah comel doe pergerakan birhtday korg !

dan yang paling best ! hari terakhir kitorg kat sini. hari tamat latihan ! hari raya kami ! sedih sebenarnya tinggalkan kawan2 yg dah sepuluh hari makan sama2 . dak platun 2 , ur the best ! platun dua platun unite! even selalu disishkan selalu kene maki dengan komander . platun yg selalu kene aim. tapi korang tetap best ! ahaa. maafkan aku andai aku ada termarah teremosi semua .. eheem ok dah cukup .
ehe , pertunjukan perbarisan kami .berjalan lancar ! mak teah kata platun dua buat paling cantik sehh. hasil semangat kerja sama kami! nak bngga lah ni . even tak jadi platun terbaik pun , kami tetap bngga ! insyaallah sampai mati aku igt muka korang ! hehe

one more thing , hari terakhir jugak . papa dan ibu datang ! woo teruja ! haha . ibu yg sarungkan pangkat komander rendah muda kepada bahu kiri dan kanan aku ni . cehh . sedih bercampur gembira masa tu. tak bleh bayang macam mana perasaaan aku masa tu .




muka bangga kan . *muka karat ni . dah macam african . erghh



hasil dari kesabaran , ketabahan , kene maki, kene denda bagai . kami ditauliah kan menjadi KOMANDER RENDAH MUDA . sedia berkhidmat untuk UITM . dan next sem, aku pulak yang bakal menjerit2 marah2 kat padang kawad tu . haha . siap korang ! '' SKUAD ! SKUAD SEDIA ! '

UCAPAN TERAKHIR, SELAMAT MENJADI KOMANDER SEMUA KOMANDER BATCH 19 ! SELAMAT MENJALAN KAN TUGAS ANDA DENGAN BAIK. JADI KOMANDER YANG DIHORMATI, DISEGANI BUKAN KOMANDER YANG HAMPEH HARAP SUARA JE , HARAP MAKI2 JE . JALAN KAN TANGGUNGJAWAB ANDA DENGAN SEMPURNA . *tabik hormat sikit !!

5 comments:

PauKaya said...

haha.sukeee.wee.
btw muke ko cantik sgt.jgn risau ;p

Nuhazira binti Rosly said...

hey, puncak alam, tempat aku tu minah, haha :D

m u h c u x said...

haha muke komander rendah muda ni comel dengan kegelapan dia.
huhuhu

aimisyafiqah said...

halooo! aku pon ade kt kem 2 hari tu. hehe. platun 4 uitm shah alam :)

siti aishah said...

cho : muke aku santekk ? memang tipuuu . hehe dah mengelupasa dah ni ha

eeya : haha tahu tahu , saya tak kutuk pun tempat anda . tempat anda besttt

wanie : haha tadelah comel sgt . muka macam mintak penyepak je ni haa

aimi : awak pon ada ! wawwww . heeee. selamat berkenalan KRM aimi syafiqahh