LETS HEAR SOME MUSIC

Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info

Free Music at divine-music.info>

F.R.I.E.N.D.S

4/19/10

yg terindah :)

semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
kau menutup pintu hatiku
tanpa sedari hingga ku izinkan

kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia hingga ku terasa indah

maaf jika ku tidak sempurna
jika bahagia mudah menjelma
bila keyakinan datang merasa
kasih disaluti kejujuran

mencintai dirimu
merindui dirimu
memiliki dirimu
hingga akhir hayat bersama kamu

kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilham kan bahagia
hingga ku rasa indah


kau yang bernama cinta
hingga aku rasa indah..

sayang mungkin kau akan faham ape perasaan aku sekarang jika kau teliti lirik ini. selepas ini , masing2 akan mengejar cita cita masing2, terima kasih sebab beri aku peluang untuk mengenali kau , terima kasih kerana kau banyak bersabar dengan karenah aku, tak ada ape yg boleh dipulangkan, termasuk hati ini, kau jaga ia dgn baik, aku tak perlukan hati itu lagi sebab pintu hati aku dah tertutup untuk lelaki lain selain kau. selepas ini, mungkin kita akan bawa haluan masing2, semoga sukses dgn kehidupan kau. pelajaran kau.cita2 kau..doakan aku.. aku cuma ingin kau tahu bahawa kau kenangan terindah buat aku.

port dickson:)


tanggal 16/8 ,
jam 6.40 p.m,
keretaku baru sahaja bergerak dari rumah tercinta. mesti diorg pokpek2 bila da lama sgt tggu, (janji melayu, biasalah kan, janji pkul 6, kol 8 baru sampai)bengang je muka masing bila aku sampai sebab panas je bontot tggu aku kat dataran seremban tu.haa, sori kawan saje je buat korang tggu aku. (aha, tak sengajalah ngek!)tapi yang tak semenggah, nad macam org gila melambai kat kereta mane ntah, buat malu kaum je weyyh:P

jam 8.30,
si nadya tak habis2 nak perli aku datang lambat. si anos pulak cakap pasal unikl, atiq mulut macam burung murai, cakap je tak henti, haha, qiba pon nak gak bersuara, memang riuh lah kereta aku korang buat.yang aku tak boleh lupe masa nehh, time dah sampai tol p.d, igt kan amik tiket dulu, (punyelah action ulur tangan amek tiket, alih2, makcik tuh kata bayar dulu dik, RM 3.20. ) haha, malu siut, gelabah aku cari dompet, nasib baik anos penyelamat, thanks anos:)

jam 9.00,
sampai je apartment, mulut masing tak henti2 nak cakap je, tergelak2 macam org gila, kalau ada nadya + atiq= serabot!
sambil tggu papa ngan ibu aku sampai, lepak lah kat dalam bilik, semangat kemas brg2! (anos dan nad 1 bilik, aku, qiba, atiq 1 bilik)


jam 10.30 p.m
keluar cari makanan, lapar bhaiii. nad mencari shisha nye, dah gian sgt.. cari punye cari, jumpe gak . haha, semua dapat pengalaman baru, semua nad la yg ajar!question: pengalaman ape beb? answer: tett!!, ( jgn marah nadd)
aku, angah and atiq dipayung! haha , seronok jadi perempuan nih( bak kata atiq)*save duit aku,
kol 12.00 baru gerak dari situ.sebab hujan lebat gila tapi buat pertama kali dalam hidup aku,semenjak aku sudah mempunyaii lesen kereta nih, aku bawak 20 km sejam,(macam siput sedut kau tau!)* aku lari lagi laju lah wehh,(atiq memekak)

jam 12.30
bilik nad dah senyaplah kot, bilik aku, still tak boleh damai lagi sebab mulut atiq, tak henti2 cakap, merepek, haha,( terkutuk pulak) lame2 keadaan mula sennyap( tido,penat)


jam 7.30 a.m
*bangun2! dah pagi!!!! perggghh.. mmg payah betol lah nak bangon awal, rasa macam ada 10 kg guni beras kat kelopak mata nehh. tapi makcik nadya dah bising, kami pon dgn mamainye bangonlahh kann.bangon teros tukar baju nak pergi mandiii!





pantai depan apartment





mandi sama2 :)







nad sememangnya hott





rahsia kami:)



jam 2.00 p.m
balik je kami potong daging! nak buat bbq mlm kang, haha, sapa kata aku tak reti ke dapur ea!dah boleh kahwin nih.


jam 3.00 p.m
tengok cerita hindustan kat tv 3, kelakar lah, kami yg exited lebih, siap pakwe masing2 kol,msg pon tak layan, kushyuk sgt dgn cte uh, semua sebab pengaruh nadd.


jam 5.00 p.m
gerak ke pantai batu 4. pantai nya mmg putih la, gebu siut. geram je aku. sampai2 je, adelah mamat baju oren nih tegur, * adik , nak naik banana boat(pengalaman baru lagi) tak, abg kasi diskaun , 70 hengget . harga biasa 75- 80.

setelah berdiskus , sebulat suara setuju , sorang 14 hengget, waahhhh, mmg gila exited!




nad jurukamera


anos jurukamera, nak buat bintang tapi tak cukup orang
haa.atiq dan ecah saling sayang menyayangi, jgn jeles:)
anos dah macam jebond:)





lepas penat snap2, ape lagi, banana boat!! here i come . sumpah . seronok. abang tu sampai dah tak larat nak layan kitaorang. best giler, korang kene try wehh. (promote jap) ,






peace yaww!aku sayang korang lag der!!
:)

jam 8.45 p.m
barbeque time, hehe, makan :)




kantoi perot boncet!


kantoi lagi:)

tanggal 18/4,

jam 8.30 pagi,
aku terbangun,terus keluar dari bilik sebab bau makanan. after sarapan , pergi pantai semalam. tak puas doe semalam,,nak lagii...



gambar terakhir kat p.d

masa nihh, atiq kene buli.haha seronok weyh buli si setan nehh

ratu jetski:P


seronok, sakit tgn main mende alah nehh



sangat stabil:)


jam 1.00 p.m,
gerak ke seremban balik;)
kenangan yg paling takkan ku lupe.






p/s: penat weyh nak taip nehh, sorry lah kalau aku buat korang boring baca evtry aku kali neh, just nak cerita je keadaan kat sana( nak baca , baca, tak nak baca suda!!, peduli ape aku)











4/15/10

kelam rider , aku peminat kau

aku masih belajar berblogging,maaf!!







aku suka tulisan kau ,tulisan kau amat memberi kesan terhadap pembacamu,

sekian,

4/14/10

tarik minat aku cepat!

diam tak diam, da lebih 4 bulan aku terjerumus dalam bidang menulis ni, erm blogging(maksud aku), baru je lima minit lepas aku baca balik entry blog karat aku nih. ada yg macam sampah,meluat aku baca.tapi yg aku rasa ok tuh,ok lah,.. mungkin aku menulis dgn selesa. terlalu selesa, maybe..ataupun mungkin aku dah buat blog ni macam diari aku sendiri.cuma bezanya,diari yg orang selalu tulis kat dalam buku rahsia yg disimpan rapi tu kene tulis tiap hari ..contoh ** harini aku jumpa si dia, ohh bessnya ,resah gelisah diriku..blablabla..* rasa syok sendiri pn ada. tuiiihhhh

jadi aku pun mula berpikir,kenapa aku nak menulis, ? untuk apa sebenarnya? mencapub? ikut trend sekarang?yelah, mspace, facebook,blog, tagged, twitter, frenster, macam2 lah menatang tu. bila kawan2 kau ade, kau pon tanak ketinggalan. nak jugaaakkk.tapi mungkin aku nak menghasilkan kesan kepada si pembaca( eleh,macam ada je yg nak baca blog karat kau nihh)

skill untuk berblogging amat payah, sebab? kita berblog mengikut keadaan dan pengaruh, (haha,betol tak)contoh, sekarang demam af, kebanyakan banyak yg menulis pasal af, tak puas hati pelajar bagus tersingkir la,tersepak la,ditendang la,macam2.kau nak buat satu2 perkara yg kau rasa perkara itu agak cool,tapi satu masa kau akan tinggalkan menatang tu.

tapi bagi aku,aku lagi suka baca blog laki2 berbanding perempuan, kenapa??kalau korang perasan.. blog perempuan kebanyakan cute!warna warni!mesti ada music yg keluar tetiba yg buatkan kau rasa cam nak tutup je laptop kau.taknak on balik dah(aha, termasuklah blog karat aku yg ko tgn bace nehh ha!)cuba kau bukak blog laki,haa hitam je kan. sunyi je kan, ahaaa, tapi yg aku tabiknye, ayat dalam blog diorg,selamber je. tulisan blog laki amat sempoi. memberi kesan yg mendalam bagi si pembaca. kadang2 kau boleh terasa dgn ayat pedas dia. fuhhhhh*panas! bagi penulis perempuan pulak, mereka mungkkin akan tapis sdeikit ayat mereka bagi keselesaan si pembaca. haha maybe! dah banyak blog aku teroka. mungkin lah aku tak banyak followers yg sampai cecah ratus2 cam blog kau kan, aku tak hadap pon. kalau kau perasan, blog aku nih shoutmix pon takde.haha, blog aku tak segempak blog kau.

bagi aku, gempak tak gempak lain cerita. yg penting aku yg menulis, aku puas dgn tulisan aku, aku *publish post, and aku *view post. settle semua, aku klik pangkah dekat google chrome. and update kat facebookand GB. just inform kat member2 . nak2 si ctot,haha, dialah yg buat aku nak update je blog karat aku nih.hehe, jgn marah ctot! si faiz pulak,pembaca setia, selalu menyinggah. (aku dah capub nama ko faiz oi, blanje cendol cepat!)nadya tak ketinggalan.(kang nangis lak kau aku tak capub nama kau)

mungkin kau dah tarik minat aku untuk baca blog kau, mungkin tidak, ada sape2 rasa yg kau boleh tarik minat aku untuk follow blog kau?aku pau kau shisha nanti,haha.

ok,aku merepek lagi.