LETS HEAR SOME MUSIC

Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info

Free Music at divine-music.info>

F.R.I.E.N.D.S

4/3/10

saya kenal sayang saya:)

Fynn Jamal- 150 Juta

150 juta- fynn jamal



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“Saya mungkin baran tak kira masa”
“Tapi saya tahan kalau yang salah saya”
“Saya mungkin saja keras kepala”
“Tapi saya manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..





(sumpa lagu nehh comel gila:))

3/17/10

blog update!

hai,maaf.da lama tak update blog ni.haha.bukan tak nak update,but busy saja lately ni.tulisan aku pun semakin mengecil macam orang yg tulis blog ni.haha.ape?betul lah,tak payah na buat2 muntah pulak ye! macam2 aku nak bergosip dgn korang,aku tak kira korang nak dengar ke tak nak, aku nak korang baca gak sampai habis!

1:keputusan SPM.
mengaku keputusan tidak berapa memberangsangkan like others! hampa,kecewa,sedih,semua ada.itulah bercinta bagai nak rak,last hapak pun tade. terlampau enjoy kan masa form 5,yelah last year skolah..tapi org kata,menyesal pun tiada guna lagi.sekarang ni, aku cuma nak tunjukkan kat parents aku,yg aku akan berjaya juga satu hari nnti,aku akan buat diorang bangga jugak.semangat aku takkan pudar,insyaallah.doakan aku ye.

2:rakan-rakan
aku sendiri dah malas sebenarnya nak cerita pasal kawan2. bukan aku tak boleh hidup tanpa kawan. sebab kadang2 kawan pun boleh binasakn diri sendiri. tapi mana lah pergi semua kengkawan aku erk,rindu nak gelak ngan diorang sebenarnya.kengkawan aku yg baca blog nih.tlg la contact aku balik. sekian terima kasih.

3:bercuti
sempat bercuti 3 hari 2 malam di sebuah chalet di tepi pantai bersama keluarga ter sayang. untuk hilangkan tension dgn result yg mengecewakan.haha. bukan apa,nak tenangkan diri je.main ombak,main angin kat tepi pantai.beshhh.even pantai nya takdelah cntik sgt.tapi ok la. ombak kuat. rasa macam jadi nelayan pun ada masa tu.haha.PANTAI AIR PAPAN.


4:tipu 'sunat'
lepas aku dapat result, apalagi,kene bebel la dgn ibu dan papa.balik dari sekolah ibu tak berhenti2 bercakap mengenai nya. aku pun senyap je lah. memang salah aku pon kan. pegi kerja pun blah macam tu je.tak salam ibu pun(bukan tak nak salam,takot ibu tak sudi na salam,yelah org tgh mrah kat kita) .then aku kerja pon tak brape nak tenang,malam tu aku decide lah nak pegi jejalan sorang2 pada esok nye.tapi kalau aku cakap kat ibu aku nak jalan kompem lah tak bagi punye. so terpaksalah tipu sunat.esok nye aku cakap lah yg aku keje kol 1.then kol 1 aku keluar rumah.terus lepak kat tepi pantai.macam2 aku pikir.kesal.then tgok wyg sorang2.haha. mcm org gila.walau pon mmg la tak bes sorg2 tapi ok lah,tak de lah org na kacau.siap off hp lagi tu.haha.hurm,then dalam pukul 5 p.m,tergerak hati lah na on hp uh.terkejut berok aku bile dak syaz cakap ibu cari kat nandos. adoohhh.satu lagi masalah. da tentu2 aku takde kat nandos tu.sebab tu aku offday.mesti dia igt akku merayap mane2,pastu menipu plak uh.arggggggggghhh.
ternsion je jumaat tu.then malam uh da sampai umah,ibu selambe je,wat tatau. tai dia ada lah perli2 skit kan.aku tak kesah la.banyak kali aku cuba nak explain kat ibu,tapi ibu macam susah nak dengar.its ok lah.aku pun macam malas nk explain aku buat dunno je la.maaf ibu,anak mu penipu!



3:aku sudah tiada perasaan
now,aku ingin buat pengunguman yg aku sudah tiada perasaan cinta,sayang, rindu, lagi kat sesiapa. semua dah buat aku tawar hati. aku bukan tidak mahu,atau serik bercinta. aku tak mahu semua bende alah ni buang masa aku,kusutkan kepala otak aku.cukuplah bende ni dah buat hidup aku jadi kucar kacir. sekarang target aku hanya BELAJAR! buktikan kat parents yg aku akan berjaya.thats all i want.cintan cinton letak tepi.maaf wahai kaum adam. kau tak akan ada peluang untuk menghalang cita2 aku lagi. fullstop!







2/26/10

tahniah IBU dan PAPA



kami bahagia:)




wow.
mereka dah 18 tahun bersama.
ahhhaa. same umur ngan aku.
bangga memiliki keluarga yg bahagia.
parents yg memahami.
adik2 yg sengal belaka.
papa dan ibu tidak pernah bergaduh.
mereka sentiasa loving and caring.
always stay and be young.
bercinta macam mula2 kenal dulu.
selalu tgok wayang sesame.walaweh. aku pon kalah.


memang sgt jeles.
aku baru setahun kapel pun boleh terputus di tgh jalan.
mane aku tak jeles.haha.


steady intan payung!!




happy annivesary 18th papa and ibu.




p/s: sekarang ibu sudah pandai bukak2 blog aku:)

2/19/10

entry khas untuk tatapan kau


gambar kenangan



dulu,aku sering cakap dgn kau,jgn tggal kan aku. kau janji kau takkan tggal kan aku.kau tepati janji kau.kau tak tinggal kan aku.aku yg tggal kan kau.aku yg buat kau merana,aku yg tak setia.aku yg berpaling tadah.perempuan jenis apakan aku ni? ada sebab kenapa aku jadi perempuan yg sebenarnya kau langsung tak nak jumpa.ada sebab kenapa aku jadi perempuan yg jalang bagi kau.aku tak layak untuk kau.aku tak layak terima cinta kau.aku tak sesuai dgn kau.kita sama2 keras kepala.kita sama2 nak menang.kita sama2 tak mahu kalah kalau bergaduh.aku bukan anak itik yg terpaksa jadi hamba kau.aku bukan anak ayam yg selalu ikut je telunjuk kau.aku ada life aku.aku ade hidup aku sendiri.dah berjuta kali aku cakap kat kau jgn cotrol hidup aku.parents aku tak pernah control dgn sape aku berkawan,pakaian aku,hidup aku.mereka kenal aku siapa.memang. aku jenis cepat terpengaruh. tapi tak bermakne kau kene control aku macam robot.tak bermakne kau kene jage aku macam anak kucing kau.anak kucing pun tak suka berkurung kat rumah.apatahlagi manusia.aku takkan buat org kalau org tak kacau aku.mungkin aku yg dah hilang sabar dgn kau sampai buat keputusan untuk tidak setia dengan kau.mungkin aku yg dah tawar hati dgn kau.mungkin ini semua pengajaran bagi aku. banyak pengalaman yg aku dah belajar selama dgn kau.macam2 pahit mnis aku tempuh bersama kau.tapi mungkin tiada jodoh aku dgn kau.kalau ada,takkan lari gunung di kejar. kalau jododh aku dgn kau,aku terima.mungkin ini bukan masanya lagi.aku takkan lupakan kau.perasaan sayang aku terhadap kau takkan luput.maafkan aku, NORSHAZWAN AZRUL.





maaf,aku bukan kau punya lagi.
maaf,aku dah tawar hati.
maaf,aku tak setia dgn kau.
maaf,hubungan kita dah berakhir.
maaf,aku buat kau menangis.
maaf,aku dah buat kau sedih.
maaf, aku tak dapat nak tunaikan janji aku untuk hidup bersama kau.
maaf, aku tak tahan dgn prangai control gila babi kau.
maaf, aku berkasar dgn kau.
maaf, aku tampar kau dpan org ramai.
maaf,kalau kau ingat aku dah permainkan kau.
maaf,kalau kau benci aku.
maaf kalau kau tak dapat nak lepaskan aku.
maaf,kalau kau marah dengan aku.
maaf,kalau kau tak dapat terima keputusan aku.
maaf,keputusan aku muktamad.
maaf kalu keputusan aku dianggap kejam.
maaf,kalau kau dah anggap aku perempuan murah.
maaf,aku dapat bertahan dgn kau selama setahun lebih je.
maaf,kechikescha dah tiada.
maaf, aku sayang kau lagi.
maaf.






p/s: terima kasih atas semuanya.