LETS HEAR SOME MUSIC

Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info

Free Music at divine-music.info>

F.R.I.E.N.D.S

6/7/10

day 2: singapore



ok. ini memang pon macam lawatan sambil belajar aku. pagi yang tak berapa pagi lah aku bangun kan, sama jugak macam kat malaysia * memang liat nak bangun awal (dalam pukul 11 pagi) awal lah tu .selepas menaiki kereta tok ucu, destinasi pertama kami, MOUNT FEBER PARK. haha, siapa sangka singapore ada gunumg. hoh! kesilapan besar.



lihatlah bangunan nya! sgt membangun bukan?


ok, saya ingin menaiki cabel car. adios!


we are presenting.....MOUNT FEBER PARK


tok ucu kata be natural. haha , agak keterlaluan di situ.






we represent you tok ucu and nenek:) we love them , thanks





selepas penat berjalan( belum tua lagi dah semput, tok ucu pon kuat lagi, apedahhh) . destinasi kami yang kedua ialah LABRADOR NATURE PARK. kawasan ini terletak di bahagian selatan singapura ye adik2. kawasan ini juga merupakan kawasan bersejarah di mana british membuat kubu semasa pemerintahannya untuk mengelak serangan dari jepun, namun sayangnya pihak jepun datang dari arah utara dengan hanya menaiki basikal (korang tau kan, dah belajar sejarah kan masing2!)

di sini juga tok ucu menceritakan bagaimana pentingnya air di kawasan singapura. atok berkata . "kita boleh tgok macamana kaum melayu dan kaum cina berfikir. sebagai contoh.:

orang melayu : (tersepak batu) ouchhhh!! sial nye batu ! p*****k! L****u!
orang cina : (tersepak batu) ouchhhhh!! hey ini batu aa. sudah bikin saya susah. haiya. macamna mau buat untung sama ini batu mehh.

anda boleh lihat sendiri kan contoh di atas, perbezaan nya.lalala *merepek



ha, jom naik kereta saya. *hahah perasan!


kesian orang nehh, nak pancing ikan , sampah yang tersangkut, hey, siapa kata singapore tu tiada sampah langsung ha?



inilah tempat kubu tu. ha, cantikkan meriam ??haha *tak paham


perut pon berbunyi. berkencorong. bernyanyi nyanyi minta di isi, dasar tak penyabo betul perut aku ni, dah la buncet*ermm. itu bukan satu pengakuan!
kami pun singgah ke BANQUET di VIVO CITY. halal ke? jgn risau ye adik2. banquet ini semua nya halal dan paling penting originally in singapore. haaa, pernah makan carrot cake tak? ramuan: lobak putih, telur, kicap, n ntah mende lagi dahh.
SEDAP! :P




nenek tak habes2 ngan game pickamon dy tu, adehh


gambar ni candid from atok, sgt kreatiff, credit too atok!


jalan2 di VIVO CITY. teksture bangunan yang amat menarik perhatiaan! nak carilah sapa architect dy * mana tau masih bujang kan, (haha menggatal suda),
ok, korang tak percaya kan, tgok gambar2 ni sendiri.


ha, kan dah cakap dah, tak percaya!



sangat cool kan !


haaa, model air pancut, grrrrr


hebat kan struktur bangunan :)

banyak lagi pic sebenarnya. tapi aku memeang PEMALAS nak upload pic banyak2 loading dohh. kalau nak tgok lebih dekat just tengok kat fb aku je ea.sekiannn.



kesimpulan: singapore SERONOK, haha yelah berada di tempat orang lain kan, mmg lah boleh cakap seronok. kalau orang singapore yg baca entri aku ni, mesti dy akan kata " apa ntah yg ade kat singapore, bosan je" ..(perasan je penduduk singapore nak bukak blog kau ecahh oi!) ..


pesanan: kepada sesiapa yg ingin bertandang ke singapore. anda dinasihatkan untuk:
  1. membawa duit LEBIH sebab kemungkinan anda akan di SAMAN. kat sini mmg bnyak peraturan nya. chewinggum pon tak boleh dibawa masuk ke singap0re tau. !
  2. beli MAP. sebab korang komprem akan konpius dgn road dy, FULLY ENGLISH VERSION!haha, dah macam kat new york, haha, pada sesiapa yg tercangak2 bahasa omputeh ni, bawa kamus ea.
  3. jaga PASPORT anda bebaik, kang jadi PATI pulak.
  4. kalau nak shopping disini, anda dinasihatkan datang pada bulan jun atau bulan disember. hanya masa itu je SALE besar besaran, kalau tak, TAK BERBALOI.
  5. kalau nak pusing satu singapore nehh kene naik MRT.
  6. kat singapore , jgn speed sgt, kat memane ade kamera! penjenayah tak mungkin terlepas. haha! rasa SELAMAT kan..
  7. 1 sing dollar bersamaan RM 2.6. (ikut masa ni lah kan)


ok. penat dah nak taip banyak2. satu entri nehh pon dah memakan masa 3 hari kott, haha. adios. jaga diri korang bebaik !














1 comment: