LETS HEAR SOME MUSIC

Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info

Free Music at divine-music.info>

F.R.I.E.N.D.S

10/31/11

PENGALAMAN JAMBORI 2011


Pengalaman :

Malam tu , ada meeting dengan Cik Puan . Aku macam biasa , lari dari meeting. Balik dari meeting terkejut beruk aku esok pagi kene bangun 4.30 pagi solat subuh kat PI. haih . Bermula lah hidup aku macam kem tentera. ni kira macam dalam cerita PREBET JAMILAH lah. #tukar sikit -PREBET ESAH *ni makan dia!

Rutin harian selama dua minggu latihan intensif jambori :

  • bangun pagi (4.30 a.m) , bersiap nak pergi PI , solat jemaah subuh. #pada yang bendera merah syiok tidur balik. Yang heran tu , nak menuggu siswi turun dari kolej, sempat LELAP, tunggu habis solat sempat LELAP, tunggu siswa turun dari PI sempat LELAP , tunggu cik ayob sempat LELAP. penat sangat wehh.
  • 6.30 pagi , latihan PT pagi bersama jurulatih yang bersemangat waja kita , tak lain tak bukan , Cik Ayob. #mental jangan cair dapat? . itu lah kata2 semangat yang kitorang dapat setiap hari dari mulut cik ayob. Aktiviti PT pagi , (1)lari satu pusingan Uitm bersama bagpack yang berisi 2 kilo pasir , tawan dua bukit bukit SR dan bukit BK, (2) guling smpai muntah, (3) kaki 6 inci #paling benci , (4) sit up 20 kali , (5) support position down! maknanya pumping 20 kali, (6) darling carry , banyak lagi sebenarnya , tapi tak tahu apa namnya , tanya cik ayob sendiri la.
  • lepas habis PT , melantak ! menu yang sama , nasi lemak , mee goreng , nasi goreng . haa itu je lah berselang sepanjang minggu . tak menarik kan . #demand betul
  • pukul 9.00 berkumpul ke padang kawad untuk latihan kawad. kiri kanan kiri lah kau sampai kaki kejang , berkawad dengan drill but . siksa weh. tapi smart ! banyak juga kawad yang perlu dipertingkatkan. muka sunburn , tak payah cakap lah. bukan komander kalau tak hitam legam. *kenapa lah aku pilih jalan ni.
  • habis kawad , makan lagi ! berselang ikan dan ayam . haih, NR lah NR
  • rehat sampai 2.30, berkumpul untuk fitness pulak . yang acara rempuh halangan , latihan rempuh halangan , yang eoq , latihan eoq , yang lain , fitness sendiri yang dikendalikan oleh KK dan Cik Arif kita. Time ni lah nak gelak2, have fun release tension.
  • habis fitness , makan lagi !
  • rehat sampai pukul 6.30 then berkumpul untuk gerak sama2 pergi PI solat maghrib dan isyak berjemaah . haa masa ni lah rehat secukup-cukupnya kat PI tu. orang semua solat sunat , baca al -quran , yang kami ni berdengkur kat belakang.
  • malam , latihan koir yang li keetuai oleh komander rashid , di ajar oleh mantan komander azizi yang sanggup datang demi tunjuk ajar sedikit pada kami yang kosong bagai tin kosong ni. hasilnya ! WOW kene tengok video sendiri
  • malam pukul 11 kami diberi rehat , tapi mcam biasa lah time tu lah nak basuh baju , basuh stokin hapak , basuh muka , tampal bedak sejuk tampal krim , time tu nak bergosip , tett !
haa begitulah rutin harian kami berhari hari sehingga resultnya :
1) juara kawad kaki
2) keseluruhan kawad kaki
3) ic platun terbaik (individu)
4) naib johan lintas halangan
5) naib johan koir
6) ke-7 EOQ
7) ke-9 pandu arah
KESELURUHAN : TEMPAT KE TIGA

pencapaian terbaik komander johor telah capai . sekarang tiba masanya batch kami , batch 19 dan batch seterusnya menaikkan dan mengekalkan prestasi ! buktikan komander johor the best!



nak cerita pasal pengalaman tak habis kalau nak diceritakan , tapi kau dah suruh cerita kan , aku cerita lah :

  • pengalaman dengan jurulatih , marvelous ! cik ayob dengan batang kayunya . kau lari kau lari! kau jangan berhenti kalau tak aku sesah dengan kayu ni dapat! haha scary , tapi ayat tu yang takkan kami lupa , kalau tak sebab suara dan ayat tu , rempuh halangan takkan berjaya . semangat dari cik ayob yang tak henti bagi semanagt kat kami , takkan kami lupa especially pada batch last , batch 18 . terima kasih Cik Ayob.
  • pergadohan antara senior junior, biasalah tu, aku je ni haa , hati cair sampai nak balik rumah. TAK SAH KOMANDER JOHOR KALAU TAK MENGANJING. ingat tu kalau nak survive dalam komander johor . *nasihat untuk adik2 adik junior. ##dalam kereta kene nganjing balik dengan papa sebab nak balik. haih kene balik aku!
  • lari 14 km tanpa henti . rekod tu!
  • masa ni lah kene macam2 penyakit , penyakit sakit belakang lah , tak lawas kencing lah hapela. buat malu je . haih !
  • berbasikal dari uitm pilah sampai rumah KK , mak aih penatnya tak hingat! tapi seronok *ada harapan nak masuk berbasikal sem depan!
  • adat komander johor , makan mesti berjemput :D
  • masa acara EOQ , paling aku tak boleh lupa , menangis masa lari , support team lari aku ZURA . darling carry dia , tapi sayang seribu kali sayang ..fullstop.
macam-macam pengalaman yang aku dan rakan2 lain tempuhi sama2 masa JAMBORI 2011. terima kasih tidak terhingga kepada yang terlibat secara langsung atau tidak atas kejayaan JAMBORI pada kali ini. pada komander batch 19 jadikan ini sebagai platform anda untuk jadi yang terbaik di masa akan datang .

p/s : maaflah ayat aku formal sikit entry kali ini , dah lama tak menaip .




JOHOR THE BEST !

1 comment: