LETS HEAR SOME MUSIC

Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info

Free Music at divine-music.info>

F.R.I.E.N.D.S

5/17/11

DIGI WWWOW. AWARDS !!




assalamualaikum pembaca sekalian ,

entri pada kali ini ada kene mengena dengan title di atas . which is , it is about DIGI WWWOW AWARDS . ok sekarang ni semua heboh nak menang hadiah tu kan . firstly terima kasih kepada DIGI kerana telah menganjurkan awards ini .DiGi who passionately believes in Internet For All. It doesn’t matter who you are, what you look like, or what your point of views are – The Internet has a place for everyone to be themselves. For the first time in Malaysia, mereka celebrating the Internet with the DiGi WWWOW Awards that is by the people and for the people. wah hebat kan .for sure , sekarang ramai sedang hebat bersaing untuk dinobatkan sebagai pemenang kan kan kan.

ouh , itu satu komen yang positif escha . TAHNIAH


ok , now here is the thing . tak kesah la korang nak masuk or apa pertandingan ni . tapi yang aku tak puas hati nye ni . SINGGAH BLOG, TINGGALKAN PESANAN KAT CHAT BOX , "tolong undi saya untuk DIGI WWWOW Awards ."

itu ok lagi , tapi yang unacceptable nya BILA AKU BUKAK BELOG YANG SEBOK NAK AKU UNDI NI , SEMUA BULLSHIT JE . * maaf na kalau bahasa cek kasar sikit kali ini

please lah peringatan lah for those who take parts kan , KALAU KAU RASA KAU LAYAK , THEN PLEASE , JOIN THE CONTEST , BUT KALAU KAU RASA BLOG KAU SEMUA MEREPEK KE JADAH HARRRRAAMMM KALAU BACA . TAK PAYAH KOT . ok . dengan kata sopan nya , kalau rasa isi kandungan belog anda hanya pasal diri anda , apa yang anda buat seharian (diari) , atau imiginasi anda , please muhasabah diri dulu before tekan button "submit myself now" kat web rasmi DIGI Awwards tu ye .

kalau tanya pendapat aku la , orang yang layak mendapat title ni mestilah the only one HANIS ZALIKHA. erm tak payah la tanya sebab kenapa kan kawan2 . tengok sendiri :)

p/s : maaf la kalau ada yang terasa . no offences .

5/12/11

siapa murah hati nak dermakan kucing pada saya ?

haih , bila nak dapat kucing ni


seronok kan bila dapat gurau2 manja dgn kucing kita ?


haha , bila 'dia' tahu dia salah , dia buat muka comelnya , tak jadi nak marah .grr


adeh , boleh cair macam ni


seronok nya dapat tidur dgn kucing kesayangan , tapi pastikan 'dia' tak da KUTU !


comel nya ! nakk satu


macam kembar kan ?

hati yabg suci sukar di ari *dalam iklan breeze tu


alololo, bahagia nya balik2 kerja /sekolah ada kucing tunggu .


cute !


mata bulat ! awww


ouh so cute kan ! grr



erm , rindu nak bela kucing lagi . masih ingat lagi last kucing yang pernah di bela , waktu umurku 10 / 9 tahun kot , ntah la dah lama dah . serious jeles dengan orang yang ada kucing comel2 ni nak nak kucing persians kan . perghh macam nak curi satu bawak balik. siapa2 yang derma hati nak derma kucing tu , atau pon rasa2 dah tak sayang kucing awak tu , ataupun rasa dah bnyak sgt kucing kat rumah tu , atau pun rasa2 macam malas dah nak bela kucing semak je kan , bagi lah pada orang yang TERINGIN SANGAT KUCING NI HA !



5/10/11

post jiwang lagi . untuk single tak payah baca kot




10 PETANDA DIA JODOH KITA.......


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya



credit to HANIS SYAHIRAH MARZELAN


*saja nak share . yang penting tu solat istikharah dan tawakkal. dan kepada perempuan, jangan mudah sangat jatuh ke tangan lelaki yang salah . saya bercakap berdasarkan pengalaman . tiada kene mengena dengan yang hidup dengan mati .