Pengalaman :
Malam tu , ada meeting dengan Cik Puan . Aku macam biasa , lari dari meeting. Balik dari meeting terkejut beruk aku esok pagi kene bangun 4.30 pagi solat subuh kat PI. haih . Bermula lah hidup aku macam kem tentera. ni kira macam dalam cerita PREBET JAMILAH lah. #tukar sikit -PREBET ESAH *ni makan dia!
Rutin harian selama dua minggu latihan intensif jambori :
- bangun pagi (4.30 a.m) , bersiap nak pergi PI , solat jemaah subuh. #pada yang bendera merah syiok tidur balik. Yang heran tu , nak menuggu siswi turun dari kolej, sempat LELAP, tunggu habis solat sempat LELAP, tunggu siswa turun dari PI sempat LELAP , tunggu cik ayob sempat LELAP. penat sangat wehh.
- 6.30 pagi , latihan PT pagi bersama jurulatih yang bersemangat waja kita , tak lain tak bukan , Cik Ayob. #mental jangan cair dapat? . itu lah kata2 semangat yang kitorang dapat setiap hari dari mulut cik ayob. Aktiviti PT pagi , (1)lari satu pusingan Uitm bersama bagpack yang berisi 2 kilo pasir , tawan dua bukit bukit SR dan bukit BK, (2) guling smpai muntah, (3) kaki 6 inci #paling benci , (4) sit up 20 kali , (5) support position down! maknanya pumping 20 kali, (6) darling carry , banyak lagi sebenarnya , tapi tak tahu apa namnya , tanya cik ayob sendiri la.
- lepas habis PT , melantak ! menu yang sama , nasi lemak , mee goreng , nasi goreng . haa itu je lah berselang sepanjang minggu . tak menarik kan . #demand betul
- pukul 9.00 berkumpul ke padang kawad untuk latihan kawad. kiri kanan kiri lah kau sampai kaki kejang , berkawad dengan drill but . siksa weh. tapi smart ! banyak juga kawad yang perlu dipertingkatkan. muka sunburn , tak payah cakap lah. bukan komander kalau tak hitam legam. *kenapa lah aku pilih jalan ni.
- habis kawad , makan lagi ! berselang ikan dan ayam . haih, NR lah NR
- rehat sampai 2.30, berkumpul untuk fitness pulak . yang acara rempuh halangan , latihan rempuh halangan , yang eoq , latihan eoq , yang lain , fitness sendiri yang dikendalikan oleh KK dan Cik Arif kita. Time ni lah nak gelak2, have fun release tension.
- habis fitness , makan lagi !
- rehat sampai pukul 6.30 then berkumpul untuk gerak sama2 pergi PI solat maghrib dan isyak berjemaah . haa masa ni lah rehat secukup-cukupnya kat PI tu. orang semua solat sunat , baca al -quran , yang kami ni berdengkur kat belakang.
- malam , latihan koir yang li keetuai oleh komander rashid , di ajar oleh mantan komander azizi yang sanggup datang demi tunjuk ajar sedikit pada kami yang kosong bagai tin kosong ni. hasilnya ! WOW kene tengok video sendiri
- malam pukul 11 kami diberi rehat , tapi mcam biasa lah time tu lah nak basuh baju , basuh stokin hapak , basuh muka , tampal bedak sejuk tampal krim , time tu nak bergosip , tett !
KESELURUHAN : TEMPAT KE TIGA
pencapaian terbaik komander johor telah capai . sekarang tiba masanya batch kami , batch 19 dan batch seterusnya menaikkan dan mengekalkan prestasi ! buktikan komander johor the best!
nak cerita pasal pengalaman tak habis kalau nak diceritakan , tapi kau dah suruh cerita kan , aku cerita lah :
- pengalaman dengan jurulatih , marvelous ! cik ayob dengan batang kayunya . kau lari kau lari! kau jangan berhenti kalau tak aku sesah dengan kayu ni dapat! haha scary , tapi ayat tu yang takkan kami lupa , kalau tak sebab suara dan ayat tu , rempuh halangan takkan berjaya . semangat dari cik ayob yang tak henti bagi semanagt kat kami , takkan kami lupa especially pada batch last , batch 18 . terima kasih Cik Ayob.
- pergadohan antara senior junior, biasalah tu, aku je ni haa , hati cair sampai nak balik rumah. TAK SAH KOMANDER JOHOR KALAU TAK MENGANJING. ingat tu kalau nak survive dalam komander johor . *nasihat untuk adik2 adik junior. ##dalam kereta kene nganjing balik dengan papa sebab nak balik. haih kene balik aku!
- lari 14 km tanpa henti . rekod tu!
- masa ni lah kene macam2 penyakit , penyakit sakit belakang lah , tak lawas kencing lah hapela. buat malu je . haih !
- berbasikal dari uitm pilah sampai rumah KK , mak aih penatnya tak hingat! tapi seronok *ada harapan nak masuk berbasikal sem depan!
- adat komander johor , makan mesti berjemput :D
- masa acara EOQ , paling aku tak boleh lupa , menangis masa lari , support team lari aku ZURA . darling carry dia , tapi sayang seribu kali sayang ..fullstop.
p/s : maaflah ayat aku formal sikit entry kali ini , dah lama tak menaip .
JOHOR THE BEST !